Kekosongan Jawatan Kader Agensi Luar KPM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk

 

jawatan kosong kader

Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Agensi Luar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kenterian Dalam Negeri (Jabatan Penjara Malaysia)
  • Kementerian Pertahanan Malaysia
  • Kemterian Sumber Malaysia


Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan di Agensi Luar KPM yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 


Cara Membuat Permohonan

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di Lampiran B.
  2. Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  3. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar dalam bentuk PDF melalui emel kepada izzati.ahmad@moe.gov.my/ noraizawati.amanaf@moe.gov.my.
  4.  Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.


Syarat lantikan dan iklan bagi jawatan yang ditawarkan boleh dilihat di bawah. 


Kelayakan Umum

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48/DG52/DG54 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Mempunyai ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A.
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  5. Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi  bagi tiga tahun terkini (2018-2020).
  7. Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  8. Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.
  9. Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun.
  10. Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/ Agensi luar dari KPM.



Sumber: KPM

Cancel

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa kepada portal rasmi yang ditetapkan