Semakan Potongan Gaji ANGKASA (eSPGA) Online

e-spga


e-SPGA merujuk kepada sistem Semakan Potongan Angkasa secara online yang terkini yang telah diperkenalkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).


Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA).


Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.


Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.


Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.


SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).


Cara Semak SPGA Online


Cara-cara menggunakan eSPGA untuk membuat pendaftaran dan log masuk boleh dilihat di bawah, 


Website: www.sola.my/espga_semakan


Pendaftaran dan log masuk eSPGA 


  1. Tab Daftar Keahlian
  2. Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
  3. Tekan butang Semak Status Keahlian
  4. Masukkan nombor telefon bimbit
  5. Masukkan nama ibu
  6. Tekan butang Daftar
  7. Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit
  8. Tab Log Masuk
  9. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Tekan butang Log Masuk
  12. Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
  13. Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
  14. Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan
  15. Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem


Untuk Tukar Kata Laluan eSPGA


  1. Tab Log Masuk
  2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera
  3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan
  4. Masukkan Nama Ibu
  5. Masukkan Kata Laluan Baru
  6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru
  7. Tekan butang Tukar Kata Laluan


5 Cara Semakan Potongan Gaji ANGKASA


Selain dari semakan potongan gaji secara online yang terkini iaitu e-SPGA, pengguna juga boleh menyemak potongan gaji melalui ANGKASA dengan menggunakan cara di bawah 


Melalui e-mel:

semakan@angkasa.coop

semakan_angkasa@gmail.com


Melalui surat:

Hantar Surat ke Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan seperti alamat di bawah


Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan

Wisma Ungku A.Aziz

Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797

Pejabat Pos Kelana Jaya

46798 Petaling Jaya, Selangor


Melalui kiosk

Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.


Melalui telefon: 

03-7802 2400


semakan gaji angkasa


Cancel

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa kepada portal rasmi yang ditetapkan