pengambilan khas guru


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi beberapa opsyen. 


Syarat Kelayakan Memohon


Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (caloncalon) semester akhir pengajian daripada universiti awam,swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).


Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan tertakluk kepada mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang dibuat. Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Calon yang berminat boleh merujuk portal SPP dan KPM dari masa ke semasa berhubung pengambilan ini.


Senarai Opsyen Yang Ditawarkan


a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:


  1. BAHASA CINA (Semenanjung)
  2. BAHASA IBAN (Sabah dan Sarawak)
  3. BAHASA INGGERIS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  4. BAHASA KADAZAN / DUSUN (Sabah dan Sarawak)
  5. BAHASA MELAYU (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  6. BAHASA SEMAI (Semenanjung)
  7. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  8. DINI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  9. GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  10. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  11. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  12. PENDIDIKAN ISLAM (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  13. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  14. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  15. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  16. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  17. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  18. REKA CIPTA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  19. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  20. TAHFIZ (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  21. AGROINDUSTRI TANAMAN (Semenanjung dan Sabah)
  22. AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (Semenanjung dan Sabah)
  23. AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (Semenanjung dan Sabah)
  24. AKUAKULTUR (Semenanjung dan Sabah)
  25. BAKERI DAN PASTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  26. BIOTEKNOLOGI (Semenanjung)
  27. FLORIKULTUR (Semenanjung)
  28. HORTIKULTUR (Semenanjung)
  29. INSURANS (Semenanjung)
  30. KOSMETOLOGI (Semenanjung dan Sarawak)
  31. PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN (Semenanjung)
  32. PENGURUSAN PERUNCITAN (Semenanjung)
  33. SENI KULINARI (Semenanjung dan Sarawak)
  34. SENI REKA FESYEN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  35. SENIBINA LANDSKAP (Semenanjung)
  36. TEKNOLOGI AUTOMOTIF (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  37. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  38. TEKNOLOGI ELEKTRONIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  39. TEKNOLOGI ENJIN MARIN (Semenanjung)
  40. TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  41. TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (Semenanjung)
  42. TEKNOLOGI PEMBINAAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  43. TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT (Semenanjung)
  44. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  45. TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA (Semenanjung dan Sarawak)
  46. TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)


NOTA: Bagi permohonan opsyen Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun/Bahasa Semai, permohonan juga dibuka kepada calon-calon :

  • memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; atau
  • memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.


b) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:


  1. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  2. MATEMATIK (Semenanjung)
  3. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  4. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  5. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung dan Sarawak)
  6. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  7. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  8. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  9. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)


NOTA: Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.



Cara Membuat Permohonan


Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my/ bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam). Semua permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan melayari Portal SPP.


Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :


Sumber: SPP

Post a Comment