Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 (Maksima RM4000)

tabung usahawan wanita kelantan


Kepada semua usahawan wanita Kelantan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan kecil-kecilan, inilah bantuan yang boleh dimohon oleh anda iaitu Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan. 


Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.


Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.


Tabung Usahawan Wanita Kelantan


Tabung Usahawan ini ialah bantuan alatan perniagaan kepada wanita miskin terpilih yang ingin memulakan atau untuk meningkatkan perniagaan.


Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.


Bantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan. Sila rujuk syarat minima permohonan dan maklumat berkaitan di bawah.


Syarat Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021


  • Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/ beliawanis/ armalah/OKU).
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  • Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  • Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.


[Download] Borang Permohonan https://bit.ly/36Gc7uU


Sebarang pertanyaan dan rujukkan boleh menghubungi Pejabat Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan No Tel : 09-7476568/69

إرسال تعليق for " Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 (Maksima RM4000)"