Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021
Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 diadakan bertujuan menggalakkan serta meningkatkan kesedaran umum terhadap kelebihan simpanan untuk masa depan, sekali gus memperkukuhkan lagi jenama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN);
Kempen ini sejajar dengan misi organisasi untuk memupuk budaya menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran yang menarik;
[Download] Terma dan Syarat Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021
Kempen ini juga menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada semua yang layak serta memenuhi terma dan syarat;
Tempoh Kempen Stay Safe & Win
- Tempoh kempen bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021;
- PTPTN mempunyai hak mutlak menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Syarat Penyertaan Kempen Stay Safe & Win
- Terbuka kepada pendeposit SSPN-i;
- Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
- Setiap simpanan bersih RM50.00 yang dibuat akan melayakkan satu (1) cabutan;
- Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan selama TIGA (3) BULAN iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2021 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen;
- Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan.
Hadiah Menarik Kempen Stay Safe & Win
Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa kepada portal rasmi yang ditetapkan
Join telegram Info Kerja Kerajaan dan Swasta untuk info pantas Telegram Info Kerja
Note: Only a member of this blog may post a comment.