Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT MAIK

bantuan maik

Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT MAIK.  Melalui laman rasmi facebook MAIK, permohonan bantuan zakat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT telah dibuka bermula pada 1 Januari 2021.

Bantuan Zakat melanjutkan pelajaran ke IPT 2021

Bantuan Zakat melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada asnaf yang layak ke IPT dalam negeri. Sistem Bantuan IPT Online telah diperkenalkan pada 1 Februari 2013 bagi memudahkan urusan pelajar membuat permohonan secara atas talian.

Syarat Permohonan Bantuan IPT MAIK

  • Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Dokumen Yang diperlukan untuk memohon bantuan MAIK

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran IPT.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Cara membuat permohonan bantuan MAIK

Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT MAIK boleh dilakukan secara online malalui laman rasmi MAIK

Klik PERMOHONAN

Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Cancel

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa kepada portal rasmi yang ditetapkan